Ranking MA AFC: Malaysia bakal hilang slot ACLE, peminat mohon JDT-Selangor menang baki perlawanan
Najmi Iman
November 29, 2024 15:37 MYT
November 29, 2024 15:37 MYT
Malaysia berpotensi kehilangan tempat dalam pentas tertinggi kejohanan kelab bola sepak Asia selepas dipintas oleh Australia dan Vietnam, baru-baru ini.
Menerusi kemas kini kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia, Malaysia sekarang berada di tempat ketujuh dengan pungutan 32.861 mata di belakang dua negara tersebut.
Berikutan perkara itu, Malaysia berisiko terlepas peluang untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada musim depan sekiranya tiada perubahan.
AFC Rankings update after #ACLElite and #ACLTwo matchday 5 ?? Kuwait moves up 2 spots to 13th in West ?? Vietnam moves up to 6th, which gives an ACL Elite slot ?? Malaysia dropped down from ACL Elite zone pic.twitter.com/09gykvE2pS
— Footy Rankings (@FootyRankings) November 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini dipengaruhi oleh kekalahan juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), kepada pasukan dari China, Shandong Taishan, yang membuka ruang buat kelab Australia dan Vietnam merebut slot tersebut.
Selangor turut mengalami kekecewaan susulan tewas mengejut kepada Muangthong United 1-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi.
Begitupun, kedudukan itu boleh berubah kerana masih mempunyai baki perlawanan bagi JDT dan Selangor memacu Malaysia ke saingan berprestij itu.
Boleh rujuk kepada tweet bawah ni. Semasa: Vietnam sudah cantas ??Malaysia dari kumpulan ACL Elite 2025 buat seketika. Kita perlukan comeback untuk kekal dalam 6 MA Elite Asia Timur. https://t.co/nlTzmBhZx9 pic.twitter.com/Bhj8wqbT8V
— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) November 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.