Rangers akhiri kempen UCL dengan enam kekalahan, bolos 22 kali
Ammar Hakim
November 1, 2022 06:57 MYT
November 1, 2022 06:57 MYT
Rangers mencipta rekod yang tidak diingini dengan menjadi pasukan Scotland pertama yang tewas kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas tewas 3-1 kepada Ajax.
Skuad bimbingan Giovanni van Bronckhorst memiliki peluang tipis ke Liga Europa menuju perlawanan terakhir kempen Kumpulan A mereka, dan sebarang harapan itu musnah apabila mereka ketinggalan 2-0 dalam masa 29 minit di Ibrox awal pagi tadi.
Steven Berghuis membuka tirai jaringan buat pelawat pada minit keempat dengan Mohammed Kudus menggandakan kelebihan Ajax.
Kudus menambah jaringannya sekali lagi selepas rehat, walaupun usaha itu dinafikan VAR kerana ofsaid.
Rangers mendapat gol saguhati lewat dari sepakan penalti, disempurnakan oleh kapten, James Tavernier, tetapi Francisco Conceicao menyempurnakan kemenangan Ajax, yang menduduki tempat ketiga dan akan cuba melayakkan diri ke pusingan 16 Liga Europa.
Ia menyaksikan Rangers setelah melepaskan 22 gol dalam enam perlawanan kumpulan mereka, hanya menjaringkan dua gol.
20 - Rangers have conceded 20 goals in the UEFA Champions League this season; just the second time a Scottish side have shipped 20+ times in a single European Cup/UCL campaign, after Rangers themselves in 1959-60. Overwhelmed. pic.twitter.com/4mnS1sfJwH
— OptaJoe (@OptaJoe) November 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.