Piala Malaysia: JDT bertemu KL Rovers, Sri Pahang jadi ujian awal Selangor

Ammar Hakim
November 11, 2024 20:41 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal bertemu KL Rovers sementara Selangor bertemu Sri Pahang dalam aksi pusingan 16 Piala Malaysia yang bakal bermula 20 November ini.
Piala Malaysia 2024–25 adalah merupakan edisi ke-98 Piala Malaysia, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Ianya dijadualkan pada 20 November 2024 hingga 26 April 2025.

Keputusan undian Unifi Piala Malaysia 2024-2025? Pertemuan pasukan mana yang paling dinanti-nantikan? #UnifiPialaMalaysia2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/mjUNWRJnY1

— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kejohanan ini, 13 pasukan dari Liga Super 2024–25 layak secara automatik dan akan disertai oleh tiga pasukan teratas dari Liga Semi-Pro 2024–25.
Pasukan akan terus bermain dalam peringkat kalah mati. Kesemua perlawanan peringkat kalah mati iatu pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan di tempat sendiri dan tempat lawan dan perlawanan akhir akan dimainkan satu perlawanan tunggal di venue berkecuali.
Bermula edisi sebelumnya, MFL memutuskan untuk tidak lagi menggunakan sistem peraturan gol tempat lawan di peringkat kalah mati untuk pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir, jika pasukan terikat pada agregat di masa biasa, masa tambahan dan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu.
Sebanyak 16 pasukan akan bersaing dalam kejohanan tersebut, yang mana keputusan kelayakan untuk pasukan dari Liga Semi-Pro akan ditentukan menerusi 3 kedudukan teratas selepas hari perlawanan liga minggu ke-13. Pasukan yang gagal mara ke suku akhir secara automatik akan meneruskan cabaran pada Piala Cabaran 2024–25.
#bola sepak #JDT #Piala Malaysia #Selangor #KL Rovers
;