Piala AFF Wanita: Kemboja hantar Malaysia pulang
Ammar Hakim
November 29, 2024 18:21 MYT
November 29, 2024 18:21 MYT
Skuad wanita Malaysia ditunjuk jalan keluar susulan tewas 0-2 di tangan Kemboja dalam saingan Piala AFF Wanita, sebentar tadi.
Turun beraksi di Padang Simpanan KM16, Vientiane, Laos, Malaysia mencari ramuan untuk bangkit daripada kekalahan aksi terdahulu.
Bagaimanapun, segala perancangan tidak menjadi apabila ketinggalan menerusi tandukan tepat poeurn kunthea menembusi gawang.
Tatkala benteng pertahanan negara mula leka menuju ke bilik persalinan, satu lagi tambahan gol dihasilkan lawan menerusi Chhit Sapheourn, untuk menjadikan Kemboja berkelebihn dua jaringan.
Bersambung di babak kedua, usaha Malaysia untuk mengejar permainan tidak berhasil sehingga terpaksa akur dengan kekalahan 2-0.
Dua kekalahan berturut turut Malayan Tigress bererti mereka harus mengucap selamat tinggal pada aksi separuh akhir kerana mengakhiri saingan Kumpulan B di tangga terakhir.
Sementara Kemboja dan Indonesia masing-masing berkongsi empat mata untuk jadi juara dan naib juara kumpulan sekaligus mara.