Petronas Terbuka Malaysia: Lagi wakil negara tumbang, Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada Indonesia

Najmi Iman
January 7, 2025 20:47 MYT

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tersungkur di pusingan ke 32 mengikuti jejak Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.

Pilihan ketiga kejohanan itu memulakan permainan dengan langkah kanan yang berhasil mendahului set pertama 18-14, sebelum menutup aksi tersebut dengan kemenangan 21-19 dalam tempoh 20 minit.

Meskipun baru digandingkan, tetapi kualiti yang dimiliki Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Ramadhanti harus menerima pujian tinggi apabila bangkit mengatasi rintangan wakil tuan rumah dengan mengikat set kedua 21-14 menuju aksi penentuan.

PETRONAS Malaysia Open 2025 WD - R32 ??Lanny Tria MAYASARI? 19 21 21 ??Siti Fadia Silva RAMADHANTI? ??TAN Pearly 21 14 13 ??THINAAH Muralitharan ? in 63 minutes

— BWFScore (@BWFScore) January 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bukan hari yang diingini oleh peminat tempatan apabila gandingan di ranking keenam dunia turut tersingkir tatkala tewas kepada wakil Indonesia menerusi kekalahan rubber set 21-19, 14-21, 13-21.

#badminton #Pearly Tan-M. Thinaah #Petronas Terbuka Malaysia
;