Pertama kali dalam sejarah bola sepak perlawanan Piala Sumbangsih tidak berlaku sebagai pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) menimbulkan reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menganggap menghormati sebarang keputusan adalah perkara yang wajar diterima semua pihak.

Malah, dengan situasi semasa yang masih tergantung mungkin beberapa keputusan yang diambil mampu mengurangkan risiko yang lebih besar daripada berlaku.


"Ini keputusan kelab sendiri, kita tidak boleh paksa sesiapa untuk pergi berlawan.

"Siasatan polis masih berjalan dan dengan polis sudah keyakinan kepada semua pihak bahawa perlawanan selamat untuk dijalankan, saya tetap menghormati keputusan kelab masing-masing," katanya dalam Fiesta Boling Padang di Segambut, hari ini.