Penerjun negara berputih mata jurang tipis ke Sukan Olimpik
Shaiful Shamsudin
February 9, 2024 19:55 MYT
February 9, 2024 19:55 MYT
Jurangnya tampak jelas dan kesulitan wakil negara untuk mendapatkan mata penting seolah-olah terhalang.
Di mana silapnya keadaan ini boleh berlaku sedangkan satu ketika dulu, Malaysia antara peserta yang ampuh untuk layak ke final Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
Pengarah Teknikal Terjun, Bryan Nickson Lomas, tidak menafikan situasi itu yang secara tidak langsung membawa kepada keputusan yang sukar untuk diterima.
"Ada beberapa acara yang kita terlepas (slotnya) tapi daripada segi kutipan matanya pun memang sangat sedikit (perbezaan).
"Perbezaannya sangat-sangat sedikit seperti Nur Dhabitah semalam memerlukan lapan mata sahaja lagi untuk menempatkan diri sebagai semi-finalis di ranking ke-18.
Bukan sahaja atlet malah seluruh pemegang taruh meletakkan harapan besar melihat ramai penerjun negara beraksi di pentas Olimpik.
Ada peluang tipis diharapkan Bryan untuk melihat sekurang-kurangnya Nur Dhabitah mengisi slot namun ia bukan satu kepastian, bahkan peluangnya tipis.
"Secara meritnya memang tidak ada.
"Tapi kami masih menunggu pengumuman daripada Akuatik Dunia untuk sebarang slot kelayakan lagi," katanya.