Penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, terpaksa akur selepas mengalami kecederaan patah kaki ketika ingin melakukan hantaran dalam perlawaan final kedua piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, malam tadi.

Rafaelson atau lebih dikenali sebagai Nguyen Xuan Son itu beraksi dengan baik sebelum diusung keluar pada minit ke-33 dan dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.





Pemain berusia 27 tahun itu muncuk penjaring terbanyak kejohanan dengan tujuh gol secara keseluruhan dalam lima perlawanan termasuk dua gol penting dalam aksi pertama final di Stadium Nasional My Dinh, minggu lalu. Malah, dia dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan dwitahunan itu.







Untuk rekod, sepanjang berkhidmat dalam liga utama Vietnam, pemain berusia 27 tahun itu telah beraksi dalam 93 perlawanan dengan telah menjaringkan 64 gol dan 13 bantuan jaringan sejak September lalu.

Untuk rekod, pemain kelahiran Brazil itu menjadi pemain warisan baru memperkuatkan skuad Naga Emas selepas menerima kewarganegaraan Vietnam, September lalu.