Paris 2024: Tuah promosi baju, MOM taja ke Paris #KitaSemuaTeamMAS
Najmi Iman
August 1, 2024 21:33 MYT
August 1, 2024 21:33 MYT
Seiring kem badminton negara mempamerkan belang sambil menunjukkan prestasi membanggakan, peminat dari serata dunia turut kagum dengan persembahan atlet Malaysia yang menyaksikan secara langsung di bumi Perancis di Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam masa sama, peminat tempatan juga tidak melepaskan peluang hadir dari Tanah Air menyatakan sokongan penuh kepada semua wakil Malaysia demi melakar sejarah pertama negara membutirkan pingat emas pertama.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menganjurkan kolaborasi media sosial untuk mempromosikan baju rasmi penyokong Malaysia di temasya berprestij itu.
Majlis Olimpik Malaysia anjurkan kolaborasi media sosial untuk promosikan baju rasmi penyokong Malaysia di Olimpik Paris!??#SukanOlimpik #Paris2024 #KitaSemuaTeamMAS #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/8eIGa9Uknn
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut temu bual wartawan Astro Arena, Fariha Razak, peminat bertuah yang dipilih oleh MOM, Neo Lih Ying, meluahkan rasa syukur dapat merasai pengalaman berharga dapat menyokong seluruh atlet negara secara langsung di depan mata.
#KitaSemuaTeamMAS