Paris 2024: 'Pasukan' Azizulhasni Awang patut dijadikan contoh -- Ahmad Fadzlee
Kamal Nizam
August 4, 2024 18:21 MYT
August 4, 2024 18:21 MYT
Seorang demi seorang atlit Malaysia terpaksa balik dari Olimpik Paris tanpa apa-apa kilauan pingat dan perkara itu sangat dibimbangkan apabila negara ASEAN lain sudah pun berjaya meraih pingat emas.
LUPANG HINIRANG IS SUNG ONCE AGAIN ?? WATCH: The Philippine flag is raised and the Philippine National Anthem “Lupang Hinirang” is sung at the Paris Olympics after Filipino gymnast Carlos Yulo won the country’s second gold medal during the men's gymnastics floor exercise finals. pic.twitter.com/tJDmH4q7CN
— Daily Guardian (@dailyguardianph) August 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas Ketua Jurulatih Ragbi Malaysia, Ahmad Fadzlee Ahmad Idriss, atau lebih mesra disapa sebagai Zack, sifatkan masalah utama yang dihadapi atlit Malaysia sekarang ini lebih terarah kepada pengurusan psikologi sukan.
"Dari segi teknikal dan taktikal, kita sudah sempurna sebab atlit negara kita sudah pun berhasil melayakkan diri ke Olimpik.
"Tetapi kurang dari segi psikologi itu yang memberi impak besar untuk kita (atlit negara) sukar berjuang demi mendapatkan emas pertama negara di Olimpik.
"Atlit kita kalah bukan lagi berpunca dari kurang pendedahan, ia memang disebabkan kekurangan dari segi kekuatan mental," kata Ahmad Fadzlee.
Fadzlee juga menambah bahawa posisi psikologi sukan dalam setiap entiti sukan negara harus dipegang sendiri oleh 'orang sukan', lebih tepat lagi orang yang memang berpengalaman besar ataupun bekas atlit negara sendiri.
Perkara itu juga termasuk dengan aspek lain dalam sains sukan di mana sepatutnya hanya mereka yang layak harus diberikan tanggungjawab menguruskan atlit negara kita.
"Kita tidak boleh meletakkan individu yang hanya sekadar cemerlang dari segi teori di posisi penting (sains sukan) ini.
"Lebih baik jika kita menggunakan mereka yang sudah alami (pengalaman sebagai bekas atlit negara) dan juga pakar dalam bidang mereka itu," tambah Fadzlee.
Contoh terbaik yang dikemukakan Ahmad Fadzlee adalah pasukan berbasikal trek Datuk Azizulhasni sendiri yang diketuai John Beasley, ini kerana mereka mempunyai resepi terbaik dalam mendorong seorang atlit untuk menjadi juara.
Yang pasti, jawapan tentang bagaimana Malaysia ingin meraih emas pertama masih menjadi tanda tanya, adakah kita mampu untuk melakukannya di Olimpik Paris atau kita masih perlu menunggu empat tahun lagi untuk realisasikan perkara itu.