Paris 2024: Emas pertama milik penembak China


July 27, 2024 21:47 MYT
Penembak China, Huang Yuting dan Sheng Lihao, berada dalam kelas tersendiri apabila membutirkan pingat emas pertama dari pentas Sukan Olimpik Paris 2024 sebentar.
Huang Yuting dan Sheng Lihao tampil cemerlang apabila menyingkirkan cabaran pasangan Republik Korea, Keum Ji-hyeon dan Park Ha-jun dalam final acara 10m air rifle berpasukan campuran.
Gandingan China itu menjinakkan lawan tetangga Asia Timur tersebut dengan kemenangan 16-12 di Pusat Menembak Kebangsaan Perancis, Chateauroux.
Sebagai rekod, Sheng Lihao meraih pingat perak dalam acara individu di Tokyo 2020 manakala bagi Huang Yuting ini penampilan sulung di pentas Olimpik.
Penembak Kazakhstan Alexandra Le dan Islam Satpayev pula memenangi pingat meraih gangsa selepas menewaskan gandingan Jerman, Anna Janssen dan Maximilian Ulbrich.
#Menembak #China #Paris 2024
;