Para Sukma Sarawak: Atlet renang para menunjukkan perkembangan positif

Najmi Iman
September 26, 2024 22:32 MYT
Sebanyak 17 rekod kebangsaan berjaya diperbaharui oleh rata-rata muka baru selepas tamat saingan acara renang yang berlangsung di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dalam Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Fumiyo Mine-mura selaku ketua jurulatih para renang kebangsaan yang bakal menyaksikan kejayaan tersebut menjadi peluang terbaik setiap pelapis untuk terus menyinar selepas ini.
"Saya sangat teruja dengan keputusan setiap atlet yang memberikan hasil positif termasuk kedudukan podium dan rekod kebangsaan baru daripada setiap negeri," katanya.

PARA SUKMA 2024: Jurulatih Para Renang Kebangsaan, Fumiyo Minemura yang berasal dari Jepun gembira dengan 17 rekod kebangsaan yang berjaya dipecahkan oleh rata-rata bakat baru. Fyi, Fumiyo boleh cakap Melayu guys!@ASTROARENA pic.twitter.com/oRSL6VoKlj

— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) September 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Fumiyo pernah memulakan kerjayanya sebagai jurulatih renang di Malaysia pada 1997, namun kembali semula ke Jepun untuk berkhidmat buat negaranya.
Setelah 20 tahun, dia kembali semula ke Tanah Air bagi menabur bakti dan berkongsi ilmu buat atlet para negara yang kini berlatih di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.
"Dengan kebangkitan atlet para renang, saya mahu membawa pasukan negara menjadi pencabar dalam Sukan Paralimpik Los Angeles (LA28)," tambahnya.
#Renang #Sukma #Fumiyo Mine-mura #Para Sukan Malaysia
;