Para Sukma Sarawak 2024: Selangor manfaat inisiatif I-Talent KBS
Muzaffar Musa
September 18, 2024 20:42 MYT
September 18, 2024 20:42 MYT
Menjelang Para Sukma Sarawak 2024 bermula hujung minggu ini, kontinjen Selangor memanfaatkan sepenuhnya Program Inisiatif I-Talent anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam misi melahirkan lebih ramai atlet muda di peringkat akar umbi.
Beerdasarkan laporan wartawan Astro Arena, Husna Zainudin, 80 peratus daripada 104 atlet Selangor ke temasya itu hadir daripada program berkenaan sepanjang dua tahun ini.
Dengan itu sasaran 29 emas, 24 perak dan 29 gangsa yang diletakkan kontinjen itu dilihat realistik mengambil kira prestasi atlet muda mereka yang kini sedang berada di prestasi terbaik.
Timbalan Chef-de-mission Selangor, Nor Azreen Sulaiman, berkata: "Kalau ikutkan program I-Talent bukan hanya untuk Selangor kerana KBS memberikan peruntukan program ini ke seluruh Malaysia.
"Maknannya semua negeri terlibat dengan program ini dan daripadanya mereka dapat mengenalpasti bakat di peringkat negeri masing-masing untuk diketengahkan sebagai atlet ke Sukan Para Sukma."