Olahraga Varsity Grand Final: Balingan terakhir Nani Sahirah hasilkan emas, rekod kebangsaan

Shaiful Shamsudin
November 10, 2024 21:06 MYT
Hari terakhir Kejohanan Olahraga Varsity Grand Final 2024 di Terengganu dipenuhi kejutan apabila Nani Sahirah Maryata sekali lagi melakar sejarah dengan memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara lontar peluru wanita kategori diamond.
15.70 meter dipahatnya sebagai rekod kebangsaan baru dan lebih menarik, Nani Sahirah terpaksa menunggu hingga balingan terakhir sebelum pegawai teknikal mengesahkan bahawa atlit
Universiti Putra Malaysia (UPM) itu sah memecah rekod kebangsaan.
"Saya agak kecewa sebab sudah tetapkan sasarkan untuk memberikan yang terbaik dalam tiga balingan pertama.
"Saya cuba bersikap positif dan mengingatkan diri sendiri agar belajar daripada kesilapan. Alhamdulillah saya dapat bangkit," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Kamal Farhan pula mengungguli saingan lontar peluru lelaki kategori diamond dengan memecah rekod kejohanan miliknya, 15.79 meter dalam percubaan pertama.
"Saya kurang berlatih dalam lontar peluru kerana lebih fokus kepada latihan lempar cakera.
"Sebenarnya saya letakkan lebih sasaran lebih tinggi," katanya.
#Olahraga #Kejohanan Olahraga Varsity Grand Final
;