Olahraga MSSM: Kuartet MSS Johor optimis pertahan emas tahun depan

Aleqha Zainal
October 22, 2024 20:30 MYT
Rekod demi rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sekolah Sukan Malaysia (MSSM) dipecahkan di Stadium Perak, hari ini, dengan acara 4x100 meter B-18 wanita menyaksikan kuartet MSS Johor memperbaharui rekod senior sendiri tahun lalu dengan catatan 47.65 saat.
0.30s lebih pantas berbanding apa yang dicapai kuartet MSS Johor edisi lepas dan menariknya, mereka berpeluang untuk mereka sekali lagi memperbaharui rekod kerana keempat-empat atlet ini masih lagi layak untuk bertanding dalam edisi tahun depan.
"Saya rasa gembira dan bahagia sebab kami memang sasarkan pingat emas dan cipta rekod. Ini juga merupakan hasil doa daripada ibu bapa, kawan kawan dan sokongan daripada semua orang. Insyaallah tahun depan kami mahu menang lagi," ujar mereka.
Dalam saingan lelaki pula, kejutan berlaku apabila kuartet MSS Kedah unggul dengan catatan 40.99s, hanya kurang 0.02s untuk menyamai rekod yang dilakar kuartet Johor tahun lalu.
Lebih menarik, kuartet MSS Kedah yang tiada dalam senarai final tahun lalu tetapi kali ini berjaya membawa pulang kejutan emas.
"Dapat bagi pingat emas kepada Kedah dan mungkin tak ada rezeki nak buat rekod. Terima kasih untuk jurulatih yang ada dari pagi hingga petang." katanya.
#Olahraga #MSSM #MSS Johor
;