Natxo Insa kembali perkuat Harimau Malaya
Najmi Iman
November 6, 2024 17:41 MYT
November 6, 2024 17:41 MYT
Pemain warisan, Natxo Insa, kembali dipanggil ke kem kebangsaan selepas kali terakhir disenaraikan ketika Piala Asia 2023, Januari lalu.
Pemain berusia 38 tahun itu antara 26 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula Ahad ini.
Begitupun, enam tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) masih mempunyai tugasan tertunda Liga Super bertemu Perak, hujung minggu ini.
Natxo Insa is back! berada dalam skuad 26 pemain untuk aksi persahabatan antarabangsa bertemu Laos dan India bulan ini. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/GyiwJc5vgB
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pau Marti Vicente juga memanggil bekas penjaga gol B-23 negara, Haziq Nadzli, selepas sekian lama tidak mewakili Malaysia menggantikan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Selain itu, terdapat tiga muka kembali diberi kepercayaan untuk jadual antarabangsa iaitu dua pemain muda, Ubaidullah Shamsul dan Mukhairi Ajmal, sambil Sergio Aguero juga dipanggil.
Skuad negara akan bertemu Laos di Stadium PAT, Bangkok, pada 14 November sebagai ujian pertama sebelum menghadapi India di Stadium Gachibowli, Hyderabad, empat hari kemudian.