MSSM: Khiew Hoe Yean jadi rujukan utama Lee Boon Wei
Najmi Iman
September 15, 2024 19:44 MYT
September 15, 2024 19:44 MYT
'Boleh tak awak perlahankan sedikit?' -- Itulah gurauan yang dilontarkan perenang Kuala Lumpur, David Lee Boon Wei, kepada wakil kebangsaan, Khiew Hoe Yean, dalam satu perbualan ringkas awal tahun ini sambil memasang impian untuk menjadi sepertinya.
Boon Wei bertekad mengatasi salah satu rekod Hoe Yean dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) tahun ini.
Perenang muda Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara itu muncul juara kategori 200m kuak lentang yang mencatatkan 2m 13.69s, namun ketinggalan 7s di belakang rekod kejohanan yang disandang oleh Hoe Yean sejak 2009.
"Saya memandang dia (Hoe yean) sebagai sasaran seterusnya di samping mahu mengulangi pencapaiannya pada masa akan datang.
"Dia banyak memberi nasihat dan saya menegaskan bahawa dia adalah watak penting dalam perjalanan karier saya," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Sebagai rekod, Boon Wei yang juga merupakan anak murid bekas perenang negara, Daniel Bego, turut menyumbang dua pingat perak dan dua gangsa dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, bulan lalu.
Dalam perkembangan sama, perenang dari MSSM Selangor, Khew Zi Xian, meraih gelaran juara dengan rekod 2m 32.82s selepas mengatasi rakan sepasukan, Rainne Foo Jie Xin dan Seoh Shan Wen, dari Pulau Pinang bagi kategori wanita.