Masa depan Fekir ditentukan selepas Piala Dunia
Penulis Jemputan
June 8, 2018 08:46 MYT
June 8, 2018 08:46 MYT
Presiden Olympique Lyon, Jean-Michel Aulas, menjelaskan bahawa kata putus mengenai masa depan Nabil Fekir tidak akan buat selagi saingan Piala Dunia 2018 belum berakhir.
Pemain tengah Perancis itu hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool tatkala pemain yang baru menyertai The Kop, Fabinho, menyeru Fekir untuk menyertainya di Anfield.
Yuran perpindahan berjumlah GBP60 juta (RM320 juta) dilaporkan telah dikemukakan untuk membawa masuk pemain berusia 24 tahun itu yang mengutip 18 gol di pentas Ligue 1 musim 2017/18 tetapi Aulas menafikan persetujuan telah dicapai.
"Perpindahan masih dibincangkan dan tiada sebarang persetujuan," kata Aulas.
"Segala perjanjian tidak akan diselesaikan sehingga Piala Dunia berakhir dan saya tidak rasa wujud sebarang peluang untuk disempurnakan lebih awal.
"Kami masih belum menetapkan harga sebenar kerana masih belum berbincang," ujarnya.
Selepas membawa masuk Fabinho dan pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita, Liverpool turut dikaitkan dengan Xherdan Shaqiri, selepas bintang Switzerland itu tersingkir ke Liga Kejuaraan bersama Stoke City.