Malaysia bakal berdepan ujian sukar -- Pau Marti
Ammar Hakim
October 13, 2024 18:01 MYT
October 13, 2024 18:01 MYT
Kurang 24 jam lagi sebelum Harimau Malaya bakal menguji New Zealand dalam aksi persahabatan tier satu yang akan berlangsung di Stadium North Harbour.
Ketua jurulatih interim Malaysia, Pau Marti Vicente, menjangkakan perlawanan yang sangat sukar bakal dihadapi pasukannya.
Lebih-lebih lagi New Zealand diperkuat dengan beberapa pemain dari liga Eropah. Seperti kapten mereka, Chris Wood yang ketika ini beraksi buat Nottingham Forest.
"Kami menjangkakan perlawanan sukar, mereka memiliki pemain yang beraksi di liga utama Eropah," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Sudah pasti mereka mahu berusaha untuk mendapatkan kemenangan," katanya.
"Perlawanan ini cukup isitmewa, ini adalah peluang terbaik buat Malaysia mencipta sejarah dan ini adalah peluang untuk memperbaiki corak permainan kami untuk masa akan datang,"