Lyon berikan kekalahan kedua berturut-turut buat PSG
Ammar Hakim
April 3, 2023 09:29 MYT
April 3, 2023 09:29 MYT
Paris Saint-Germain mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat sendiri apabila Lyon menang 1-0 di Parc des Princes untuk memberi nafas kepada perebutan kejuaraan Ligue 1.
Anak buah kendalian Christophe Galtier tewas 2-0 di tempat sendiri kepada Rennes sebelum rehat antarabangsa dan sekali lagi mengecewakan apabila mereka tunduk kepada kekalahan liga berturut-turut buat kali pertama sejak September 2020.
Kisah separuh masa pertama berkisar tentang dua sepakan penalti -- satu yang terkena tiang oleh Alexandre Lacazette, dan satu yang tidak diberikan memihak kepada PSG atas kekasalahan bola terkena tangan yang cukup jelas.
Namun, Lyon tidak terganggu dengan kesilapan Lacazette, hanya memastikan kemenangan liga kedua di PSG sejak 2007 hasil Bradley Barcola.
PSG kini hanya mendahului enam mata ke atas Lens dan Marseille selepas 29 perlawanan.
8 - Paris have lost eight of their 18 games in 2023 in all competitions, their highest tally of defeats after 18 games in a calendar year since 2001 (9). Drifting. #PSGOL pic.twitter.com/3Li3apWw95
— OptaJean (@OptaJean) April 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.