Low mahu lebih lagi dari Jerman selepas benam Iceland
Ammar Hakim
March 26, 2021 08:54 MYT
March 26, 2021 08:54 MYT
Skuad muda Jerman beraksi cemerlang ketika berdepan Iceland tetapi ketua jurulatih, Joachim Low, mengharapkan lebih lagi daripada dua aksi kelayakan Piala Dunia mereka.
Iceland membuktikan bukan tandingan buat skuad bimbingan Low awal pagi tadi, dengan jaringan awal daripada Leon Goretzka dan Kai Havertz membentuk jalan selesa sebelum Ilkay Gundogan menjadikan kedudukan 3-0.
Dipimpin Joshua Kimmich, Jerman mendominasi hampir sepanjang perlawanan.
Memiliki kawalan permainan sebanyak 81.5 peratus, melakukan 1,053 hantaran -- dan melakukan 15 percubaan berbanding lapan daripada Iceland, dengan hanya dua kali sahaja Manuel Neuer diuji sepanjang perlawanan.
Bintang Bayern Munich, Kimmich, dilihat sebagai pemain paling cemerlang, melakukan 176 sentuhan, 150 hantaran yang sempurna dan melakukan tiga hantaran silang, satu daripadanya berjaya disempurnakan oleh Antonio Rudiger.
Hanya Gundogan (empat) melakukan lebih banyak hantaran penting berbanding Kimmich, yang menjadi tunjang dua jaringan awal Jerman, melakukan lorongan buat Serge Gnabry dan Leroy Sane untuk memastikan tuan rumah mendahului 2-0 dalam tempoh tujuh minit waktu permainan -- pertama kalinya mereka mendahului dengan dua gol di awal perlawanan sejak Mei 1969.
Ia menandakan kemenangan ke-17 berturut-turut untuk Jerman dalam kelayakan Piala Dunia, rekod pasukan baru.
"Pada babak kedua, kami bermain terlalu banyak hantaran ke belakang dan terlepas peluang untuk menghasilkan momentum dan meningkatkan kelajuan permainan," katanya.
"Saya melihat peluang untuk peningkatan dalam permainan kami. Apa yang membuat kami kuat pada babak pertama -- banyak pergerakan tanpa bola, banyak larian -- itu tidak berlaku pada babak kedua.
"Kita harus melihat bahawa kita boleh meneruskannya dan bertahan selama lebih dari 90 minit. Perkara itu penting di Euro."
17 – @DFB_Team_EN have won 17 consecutive matches in World-Cup-Qualification setting a new record in their history. Streak. #GERISL pic.twitter.com/VqkChKFtqo
— OptaFranz (@OptaFranz) March 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.