Liga Super: MFL selar segala bentuk keganasan dalam bola sepak

Najmi Iman
November 12, 2024 19:15 MYT
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak sekeras-kerasnya bentuk keganasan serta tidak menyokong tindakan agresis yang berlaku dalam perlawanan bola sepak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Giorgio Pompili Rossi, menyerahkan sepenuhnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menentukan sebarang bentuk hukuman ekoran insiden pertelingkahan di antara bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dan pertahanan Perak, Tommy Mawat Bada, ketika aksi tertunda Liga Super Malaysia, Ahad lalu.
Dia turut memberi jaminan bahawa MFL akan sentiasa berusaha memastikan kualiti dan imej Liga M terjaga sambil berharap situasi tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.
"Sudah tentu ia bukanlah perkara yang positif daripada pihak kami tetapi saya berharap pergaduhan seperti itu tidak berulang kembali.
"FAM akan melaksanakan tindakan meskipun peraturan sangat jelas dalam hal ini dan mendengar laporan daripada komisar perlawanan.

SIARAN MEDIA: FAM AKAN AMBIL TINDAKAN INSIDEN ARIF AIMAN & TOMMY MAWAT ▶️ Baca penuh di https://t.co/MpJsLzFI7s#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/xEHKyOd6Q1

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami tidak boleh mengandaikan bahawa video bantuan pengadil (VAR) akan menyelesaikan masalah tersebut tetapi insiden itu berkurang dan itulah perkara yang baik.
"Jika ada sesuatu yang boleh diperbaiki untuk menjadikan ia lebih efektif, ia perlu dilakukan," katanya kepada Nadi Arena.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Tommy Mawat Bada #MFL #Arif Aiman Hanapi #Giorgio Pompili Rossi
;