Liga Super: Berdepan Chinese Taipei, Semen Padang beri PDRM 'tonik tambahan'
Saufi Tahir
November 15, 2024 18:55 MYT
November 15, 2024 18:55 MYT
Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam berasa gembira dengan dua aksi persahabatan berkualiti yang diperolehi pasukannya ketika tempoh rehat liga domestik.
Selasa lalu, Sang Saka Biru berjaya mengikat skuad kebangsaan Chinese Taipei 1-1 dalam aksi tertutup yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.
Sementara itu, pasukan itu akan dijadualkan menentang kelab Liga Utama Indonesia, Semen Padang di tempat lawan, Sabtu ini.
Pengendali berusia 66 tahun itu turut berharap skuad The Cops akan segera memperbaiki kelemahan yang ada terutamanya di bahagian serangan sebelum menghadapi Negeri sembilan pada 24 november depan dalam pusingan 16 Piala Malaysia 2024/25.
Untuk rekod, selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Super 2024/25, PDRM berada dikedudukan keenam hasil daripada empat kemenangan, enam kali seri dan empat kali tewas.
"Kita bermain dengan baik sebelum ini (Berdepan Chinese Taipei), kita dapat melihat perkara yang positif. Tetapi kami memberikan jaringan minit akhir baur pasukan lawan, saya rasa perkara ini dalam perlawanan sebenar dan kita perlu mengatasi perkara ini.
"Selepas ini kita akan berdepan Simen Padang, mereka pasukan yang kuat dan kami perlu beraksi dengan cara yang telah kami terapkan kepada pemain dan saya rasa pemain akan berikan semangat yang tinggi.
"Sebelum ini, kami hanya menjaringkan satu gol sahaja ketika beraksi dan 'tidak membunuh' perlawanan dengan jaringan kedua." katanya kepada Astro Arena.