Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terima insentif tunai 100PLUS
King Hisyam
October 3, 2024 14:15 MYT
October 3, 2024 14:15 MYT
Tiga Olimpian negara yang berjaya menyumbangkan pingat gangsa di Olimpik Paris 2024 membabitkan pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia dan beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima insentif tunai daripada syarikat minuman tenaga 100 Plus, hari ini.
Dalam majlis penyampaian insentif yang diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN) itu, kesemua mereka menerima sejumlah wang tunai iaitu RM150,000 dan RM100,000 atas sumbangan pingat yang telah disumbangkan dalam temasya terbesar di dunia itu yang berakhir pada 11 Ogos lalu.
Pasangan beregu lelaki Aaron dan Wooi Yik akan berkongsi insentif berjumlah RM150,000 manakala Zii Jia pula akan menerima RM100,000.
Another durian runtuh untuk Lee Zii Jia & Aaron/ Wooi Yik LZJ: RM100k Aaron/ Wooi Yik: RM150k More on Nadi Arena 7.30pm tonight @ASTROARENA pic.twitter.com/8cIBuHF7ul
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) October 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Zii Jia, Aaron dan Wooi Yik telah bawa segala harapan rakyat Malaysia pada temasya di Paris. Mereka telah melakukan pengorbanan dengan segala tekanan yang diterima sebelum akhirnya menyumbangkan
pingat gangsa untuk Malaysia."Kata Leong Wai Yin selaku Pengarah Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.
Jelasnya lagi, sumbangan yang dijelmakan oleh kesemua mereka itu tidak hadir dengan mudah memandangkan saingan yang disertai mereka adalah Olimpik yang mengumpulkan kesemua jaguh-jaguh hebat dunia.
Malah kejayaan yang dicatatkan oleh mereka juga selari dengan konsep idea 100 PLUS iaitu mempamerkan aksi terbaik hingga menghasilkan kejayaan.
Wai Yin dalam masa yang sama turut memuji aksi yang telah dipertontonkan oleh duta 100 Plus yang lain termasuk Pearly Tan dan M.Thinaah yang juga telah melakukan apa yang terbaik sepanjang temasya tersebut berlangsung.
Begitu juga dengan pasangan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mara ke suku akhir selain Datuk Azizulhasni Awang yang juga membuktikan bahawa mereka telah melakukan apa yang terdaya di sana.
“Saya nak belanja makan malam besar dengan family ?” - Sooh Wooi Yik 100Plus mengumumkan insentif bonus RM150k untuk pasangan beregu Aaron Chia/Soh Wooi Yik, selain itu, Lee Zi Jia menerima RM100k atas pencapaian di Olimpik Paris.@ASTROARENA pic.twitter.com/6IHthuxxMn
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) October 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami sangat berbangga dengan pencapaian kesemua duta-duta 100 Plus di Olimpik Parius dan berharap agar mereka terus mampu mempamerkan aksi yang lebih baik pada masa akan datang. Kami sangat yakin
kesemua mereka mampu menjelmakan inspirasi kejayaan kepada bakat-bakat muda Malaysia yang lain untuk menjadi atlet yang mampu mencipta kejayaan di peringkat dunia satu hari nanti."Jelasnya lagi.