LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid, jaringkan gol -- Kylian Mbappe
Saufi Tahir
November 26, 2024 08:14 MYT
November 26, 2024 08:14 MYT
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika membantu kelabnya itu meraih kemenangan 3-0 berdepan Leganes dalam saingan LaLiga, semalam.
Pemain berusia 25 tahun itu mendapat perhatian sejak berpindah dari Paris Saint-Germain dengan dia telah menjaringkan gol ketujuhnya selepas Carlo Ancelotti kembali meletakkan dia ke posisi kegemarannya iaitu di sebelah sayap kiri.
"Vinicius dan saya membaca antara satu sama lain dengan baik. Saya mempunyai hubungan yang baik dengannya dan dia seorang pemain yang hebat," kata Mbappe kepada Real Madrid TV.
?? #LeganésRealMadrid pic.twitter.com/xXSZgQuYxp
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) November 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fikir saya telah mempamerkan aksi yang baik. Saya mula bangkit dengan pantas bersama rakan sepasukan. Saya boleh bermain di setiap posisi, dan saya bersedia untuk membantu pasukan dengan memberikan aksi yang terbaik.
"Saya beraksi di sebelah kanan, kiri, tengah dan dengan dua posisi di atas. Ia tidak penting bagi saya. Saya mahu membantu pasukan dan menjaringkan gol." katanya.
? The match highlights are NOW AVAILABLE on #RMPlay! ▶️ https://t.co/MJUp20w8Zt#LeganésRealMadrid
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) November 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, skuad Los Blancos kini berada di tangga kedua liga, empat mata di belakang pendahulu iaitu Barcelona yang telah beraksi lebih satu perlawanan.