Kritik biar membina, jangan menghina!
Syifa Nasir
January 23, 2024 10:36 MYT
January 23, 2024 10:36 MYT
Di kala "kejatuhan" satu per satu sukan di Malaysia..
Seperti epilog sendu..
Hoki yang berputih mata sekali lagi terlepas Sukan Olimpik, 24 tahun yang memeritkan...
Di tambah pula dengan kegagalan skuad Bola Sepak negara dalam Piala Asia selepas penantian selama 42 tahun...
Dan tidak terlupa, sukan badminton yang menjadi antara pusat perhatian para peminat tanah air, yang memperlihatkan tiada wakil negara di pentas akhir kejohanan berprestij yang di anjurkan "kita" sendiri selaku tuan rumah....
Benar, jika bicara tentang kekecewaan...
Setiap genap hati rakyat malaysia di bantai kecewa tiada batasnya.
Tapi, sedarkah kita..
Siapa yang lebih perit? Yang lebih terbanting di penghujung sudut?
Siapa yang mendambakan kegagalan selepas titisan peluh habis dikerah?
Tidak adil kiranya jika kita mahu letakkan 100 peratus kesalahan di atas bahu mereka.. Bukan?
Kritikan sememangnya perlu namun biarlah berpada.
Usah kelewatan sehingga mengeji dan menidakkan jati diri serta semangat mereka bermain buat ibu pertiwi..
Ingat....
Tiada yang lebih mahukan kemenangan berbanding pemain itu sendiri.