Kewarganegaraan tidak penting -- Guardiola terhadap pelantikan Tuchel sebagai jurulatih baru England
Najmi Iman
October 19, 2024 10:36 MYT
October 19, 2024 10:36 MYT
'Kewarganegaraan bukan isu pertama' -- Itulah pandangan ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, mengenai pelantikan Thomas Tuchel sebagai pengendali baru England.
Rabu lalu, Persatuan Bolasepak England mengumumkan bekas jurulatih Chelsea itu sebagai pengurus The Three Lions yang baru dengan perjanjian kontrak selama 18 bulan bermula Januari ini.
Pun begitu, ramai berpendapat bahawa badan induk tersebut seharusnya mencari pengganti Gareth Southgate yang mempunyai kerakyatan Inggeris kerana diyakini mampu menyemat falsafah bola sepak tempatan.
Bagaimanapun, Guardiola tidak mempercayai sistem berkenaan, malah mempercayai bakat yang dimiliki oleh Thomas Tuchel untuk mengemudi England ke Piala Dunia 2026.
"Dia (Tuchel) mendapat sokongan penuh daripada saya tanpa sebarang syarat. Apabila dia berhasi menghadiahkan kemenangan, kita harus memujinya tetapi jika dia kalah, dia perlu dikritik.
"Tetapi kewarganegaraan bukanlah isu utama yang perlu dipersoalkan.