Kem skuasy alih fokus ke Johor selepas tawan Asia

Muzaffar Musa
June 18, 2024 20:04 MYT
Kem skuasy negara, yang mempertahankan gelaran juara berhanda dalam Kejohanan Berpasukan Asia di China hujung minggu lalu, selamat tiba di tanah air hari ini.
Malaysia menyapu bersih gelaran juara lelaki dan wanita di Wilayah Liaoning, sekali gus mempertahankan gelaran sama yang diraih pada 2021.
Skuad wanita negara seterusnya akan mengalihkan fokus kepada Kejohanan Beregu Asia di Johor awal bulan depan.
Pemain negara, Aifa Azman, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Karl Nunis, semalam berkata: "Hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha, jadi kami mahu mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Adha kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Saya rasa kemenangan kali ini agak istimewa kerana kami jauh daripada keluarga kami dan kami pernah tewas kepada mereka (Hong Kong) di Korea Selatan.
"Selain itu, kami juga mahu mengekalkan rentak kemenangan kami dalam Piala Asia lalu, jadi ia mungkin memberikan sedikit tekanan tetapi saya rasa kami dapat mengawalnya dengan amat baik.
"Menang 2-0 dalam final amat bagus dan saya amat gembira dengannya."
#Skuasy #Aifa Azman #Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia
;