Auckland FC mengikat Harimau Malaya 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 secara tertutup di Stadium Go Media, Auckland, sebentar tadi.

Aksi tersebut dianggap sebagai pemanas badan bagi menghadapi sebuah gergasi bola sepak, New Zealand, pada minggu depan selepas tidak berjaya mendapatkan satu lagi perlawanan berstatus Tier 1.




Francus de Vries terlebih dahulu meletakkan Auckland 1-0 di depan pada minit ke-25 sebelum tamat separuh masa pertama.

Pemain Selangor, Noaa Laine, menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-59, sekali gus mengakhiri permainan dengan keputusan seri.