Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk seri Shahidan Kassim, memohon Perbadanan Stadium Darulmakmur mempertimbangkan permintaannya agar venue kejohanan olahraga tidak di ‘usik’ sehingga penganjuran Terbuka Malaysia, bulan depan.

"Kita perlu berbelanja besar termasuk menyediakan segala kelengkapan bagi sukan lempar cakera dan tukul besi di samping penganjuran Terbuka Malaysia yang akan berlangsung Jun ini.

"Saya mengambil maklum bahawa stadium ini akan dinaik taraf bagi tujuan perbaiki kelengkapan namun, saya berharap supaya ditangguh seketika bagi memberi ruang kepada penganjuran bertaraf antarabangsa ini berlangsung," katanya.

Shahidan memberi pandangan terhadap keuntungan semua pihak andai hasratnya supaya penangguhan dibuat sementara waktu.

"Saya khuatir takut proses naik taraf ini akan merosakkan gelanggang dan akan merencatkan acara berprestij ini kerana bukan negeri Pahang sahaja yang maju menjadi tuan rumah malah, negeri-negeri lain turut berhasrat untuk menjadi penganjur utama.

"Jadi kita sepatutnya mengambil peluang ini kerana Olahraga Terbuka Malaysia akan disertai oleh atlet dari luar negara," tambahnya.