Joo Ngan: Bukan salah JCM
Penulis Jemputan
October 30, 2017 17:48 MYT
October 30, 2017 17:48 MYT
Bekas pelumba basikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, tidak menyalahkan penganjur, Junior Cycling Malaysia (JCM), yang gagal menyediakan pencatat masa elektronik sehingga menyebabkan rekod 1 kilometer ujian masa remaja Asia dan kebangsaan milik Muhammad Nur Aiman Rusli tidak diiktiraf.
Joo Ngan memahami kekangan JCM apabila acara trek yang dianjurkan buat kali pertama pada Ahad lalu disertai hampir 300 pelumba.
“JCM sedang menjalankan proses pembangunan pelumba muda, jadi mereka tidak menggunakan ujian masa dan itu tidak menjadi satu masalah. Terlalu banyak pelumba ketika saingan dan ia mengambil masa yang lama kerana melibatkan 10 hingga 20 pasukan yang bertanding,” kata Joo Ngan.
Ia menyukarkan penganjur untuk menetapkan waktu perlumbaan sehingga saingan hujung minggu lalu itu tamat pada lewat malam dan Joo Ngan juga faham keutamaan JCM ketika ini adalah untuk menarik minat pelumba muda.
Aiman menjuarai 1km ujian masa kategori bawah 23 tahun dengan catatan masa 1 minit 3.492 saat, sekaligus mengatasi rekod remaja Asia dan kebangsaan milik Muhammad Firdaus Zonis yang dilakukan pada 2014.
Bagaimanapun, rekod itu tidak dapat disahkan kerana penganjur hanya menggunakan catatan tangan ekoran masalah kewangan untuk mendapatkan perakam masa elektronik.
“Mungkin pada masa akan datang, setiap pelumba dan jurulatih harus menyedari dan faham tentang perkara ini. Perlu diingat sebaik sahaja perakam masa elektronik digunakan, ia mengambil masa.
“Saya akui ia tidak adil buat pelumba yang memecahkan rekod tetapi apa yang boleh dilakukan? Masalah akan sentiasa wujud,” tambahnya.
#Cycling
#Ng
#Malaysia”
#“Muhammad
#“Datuk
#“Junior
#Aiman
#Nur
#Rusli”
#“Basikal
#Joo
#Ngan”
#Trek”