ISG: Skuad gimrama negara peroleh pengajaran berguna di Konya
Ammar Hakim
August 15, 2022 17:00 MYT
August 15, 2022 17:00 MYT
Barisan muda skuad gimrama negara memperoleh pengajaran berguna di Konya,Turkiye selepas kesalahan di awal persembahan aparatus gelung, riben dan bola, sekaligus menyaksikan mereka terlepas pingat gangsa dalam saingan Sukan Solidariti Islam (ISG).
Skuad itu baru dibentuk hasil daripada atlet yang beraksi di Sukan SEA Hanoi dan atlet daripada skuad pelapis, dan kurang persefahaman menjadi faktor utama gagal menyumbang pingat buat kontinjen negara.
Meskipun pendekatan Persekutuan Gimnastik Malaysia untuk menghantar skuad muda yang terdiri dari lingkungan usia 16 serta 17 tahun itu bertujuan memberikan pendedahan, namun skuad negara berupaya untuk melengkapkan kedudukan podium, khususnya dalam saingan apparatus riben dan bola.
Kesedihan mendalam ternyata terpancar pada raub wajah skuad gimrama negara, namun mereka berasakan pengalaman pahit seperti itu membantu mereka untuk berada di tahap lebih baik pada masa akan datang.