Bekas penyerang Selangor dan Melaka United, Ifedayo Olusegun, mengakui bahawa usia bukanlah penghalang untuknya menjadi penyerang berbisa pada saingan Liga kali ini.

Penyerang kelahiran Nigeria itu bersedia menggalas tugas sebagai penggempur utama pasukan PDRM sambil dibantu oleh beberapa pemain seperti Bruno Suzuki dan Shahrel Fikri.

Tonggak import terbaru PDRM itu telah menjaringkan dua gol pada perlawanan pramusim bertemu Kuala Lumpur City (KL City), di Stadium Selayang, semalam.

Sebagai rekod, pemain itu telah dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak pada tahun 2020 dengan menjaringkan sebanyak 12 gol.