Young Liverpool fan in bits after United scored the winner yesterday pic.twitter.com/is79h6gEIX
— The 44 ⚽️ (@The_Forty_Four) March 18, 2024
Apatah lagi buat anak buah Jurgen Klopp sendiri yang pada awalnya seperti hampir pasti ke separuh akhir Piala FA kerana sudah mendahului dua kali tetapi skripnya bertukar di lewat masa kecederaan pada masa tambahan menerusi jaringan kemenangan Amad Diallo.
Kapten pasukan Liverpool, Virgil Van Dijk memuat naik satu hantaran di media sosial rasminya mengatakan yang mereka hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan berjanji yang The Reds akan memberikan segalanya selepas selesai tugas untuk perlawanan antarabangsa.
Kini, kebanyakan pemain Liverpool telah pun berlepas pulang ke negara masing masing untuk perlawanan antarabangsa tetapi Van Dijk telah pun memberi kan kata kata nya buat peminat Liverpool bahawa mereka akan terus berjuang di barisan hadapan menerusi perlumbaan kejuaraan di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juga suku akhir Liga Europa yang semakin hampir.