The Grand Dames of Golf pentas pemain wanita berusia 50 tahun ke atas

Shaiful Shamsudin
October 30, 2024 19:13 MYT
28 November depan bakal menjadi tarikh keramat buat kempen Women in Golf Charter (WIGC) anjuran Persatuan Golf Malaysia (MGA) yang bakal berganding bahu bersama The Mines Resort and Golf Club untuk penganjuran The Grand Dames of Golf 2024.
Kejohanan itu fokus terhadap penglibatan peserta lebihan umur dengan tiga kategori akan dipertandingkan bagi membuka ruang penyertaan kepada peserta berumur dari 50 hingga 70 tahun ke atas.
Naib Presiden MGA, Datuk Merina Gan, menyifatkan program ini sebagai peluang terbaik bagi memperkasakan pemain wanita senior dalam industri sukan golf di negara ini.
"Ini merupakan ruang untuk pemain veteran seperti kami terbabit dalam industri golf," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur The Grand Dames of Golf 2024, Sharifah Khatijah Syed Abdul Rahman, berkongsi bahawa peserta tertua yang dijangka menyertai edisi ini ialah berumur 83 tahun.
Dan dia memberi amaran bahawa peserta itu bukanlah calang-calang dan merupakan penyeri utama buat kejohanan ini.
WIGC yang dilancarkan di Scotland 2018 untuk menggalak wanita bermain golf, baik secara sosial mahupun dalam kejohanan.
"Pemain berusia 83 tahun ini mampu melakukan tee off dengan jauh," katanya pula.
#Golf
;