sukan-badminton

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin bakal sertai program 'Road To Gold'

Saufi Tahir 21/01/2025 | 11:25 MYT
Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan juara badminton Terbuka India 2025, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani bagi memastikan mereka juga mempunyai tempat dalam program Road To Gold'.
"Mereka melangkah kehadapan dengan cepat, saya akan menemui mereka untuk melihat bagaimana jawatankuasa RTG boleh memberikan sokongan kepada mereka memandangkan mereka di ranking kedua dunia ketika ini.
"Hasrat untuk rangkul pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 semakin hampir, jika mereka konsisten di nombor satu dan dua dunia, itu penting buat kami," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menjelaskan pihaknya tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk membabitkan kehadiran enam hingga tujuh pemain warisan baharu dalam skuad Harimau Malaya.
"KBS tidak masuk campur dalam pentadbiran FAM tetapi kami beri sokongan, sekarang mereka sedang menumpukan kepada proses pemilihan mereka.
"Saya rasa apabila mereka sudah bersedia, mereka akan berjumpa KBS untuk melihat bagaimana kami boleh memberikan sokongan mengenai isu-isu lain." tambahnya.
Dalam perkembangan sama, Hannah turut mempertimbangkan untuk memberi ganjaran kepada pemain boling yang cemerlang di Kejohanan Piala Dunia 2025 sekalipun ia tidak senarai dalam skim SHAKAM.
#badminton #Goh Sze Fei #Nur Izzuddin Rumsani #Hannah Yeoh #Program Road to Gold
;