Fekir mungkin tinggalkan Lyon, Aulas masih kejar Mina
Penulis Jemputan
August 7, 2018 08:11 MYT
August 7, 2018 08:11 MYT
Nabil Fekir menolak kemungkinan untuk tidak meninggalkan Olympique Lyon bulan ini sambil presiden kelab, Jean-Michel Aulas, mendakwa pasukannya masih dalam percubaan untuk membawa masuk Yerry Mina.
Pemain Perancis, Fekir, berada di landasan terbaik untuk menyertai Liverpool bulan lalu sebelum Lyon membuat keputusan untuk membatalkan perbincangan.
Masa depan pemain berusia 25 tahun itu kekal menjadi spekulasi hangat tatkala Chelsea muncul pasukan terbaru yang mungkin menjadi pilihannya jika meninggalkan Lyon.
Fekir, yang menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan musim lalu, menjelaskan dia sedia untuk kekal bersama kelab Ligue 1 itu, namun mengesahkan kemungkinan untuk berpindah.
"Seperti apa yang anda lihat, saya masih bersama Lyon. Saya gembira di sini," ujar Fekir.
"Namun, jendela perpindahan masih belum ditutup dan apa sahaja boleh berlaku dengan pantas dalam bola sepak. Tiada siapa yang tahu apa akan berlaku di masa akan datang tetapi saya sentiasa bagus bersama Lyon dan gembira berada dalam skuad."
Kenyataan Fekir itu dikeluarkan selepas Aulas mendedahkan dia masih berusaha untuk melengkapkan perpindahan pertahanan Barcelona, Mina.
Benteng Colombia itu hampir pasti meninggalkan Camp Nou sambil Everton dilaporkan telah bersetuju dengan yuran perpindahan, namun Aulas tidak menolak bahawa Mina masih berpeluang untuk ke Perancis.
"Saya tidak fikir maklumat itu sah," katanya melalui laman Twitter.
"Mina masih berminat untuk ke Lyon. Kami berharap dia akan menyertai pasukan dan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Groupama."