Manchester United 0-4 Crystal Palace

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag, menegaskan dia merupakan individu yang tepat sebagai ketua jurulatih Manchester United walaupun mereka tewas 0-4 kepada Crystal Palace, Isnin lepas.

Michael Olise menjaringkan dua gol ketika menentang pasukannya di Selhurst Park dengan Jean-Philippe Mateta dan Tyrick Mitchell turut menjaringkan satu gol buat pasukannya ketika mengatasi Manchester United.

Ia merupakan kali pertama Palace memenangi dua perlawanan dalam satu musim menentang The Red Devils dalam Liga Pedana Inggeris (EPL).

"Saya akan terus berjuang. Saya menyediakan pasukan dengan cara yang terbaik saya mampu lakukan. Ia tidak cukup baik setakat ini - saya perlu bertanggungjawab untuk itu.






"Pada penghujung waktu nanti, saya tetap perlu meneruskan dengan pemain yang tersedia. Sepanjang musim kami menghadapi masalah besar (kecederaan). Banyak kali kami cuba menyelesaikannya tetapi bukan kali ini.

"Semua orang melihat barisan belakang kami, kami mempunyai masalah besar tetapi pada penghujung nanti kami sendiri perlu menanganinya - kami sepatutnya melakukan dengan lebih baik daripada yang kami telah lakukan.

"Kami perlu berjuang untuk sembilan mata." katanya.