EPL: Mitoma sememang pemain berbakat -- Welbeck
August 17, 2024 07:37 MYT
Danny Welbeck memuji Kaoru Mitoma sebagai 'bakat istimewa' apabila Brighton and Hove Albion turun padang di bawah kendalian Fabian Hurzeler dengan kemenangan 3-0 di Everton.
Mitoma terlepas beberapa bulan terakhir musim lalu kerana kecederaan belakang menemui sasaran di Goodison Park bersama Welbeck dan Simon Adigra ketika Seagulls memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan penuh meyakinkan.
Bekas penyerang Manchester United dan Arsenal, Welbeck. amat kagum dengan apa yang dibawa oleh Mitoma kepada pasukan.
Dalam petikan yang dilaporkan oleh laman web rasmi kelab, dia berkata, "Dia adalah bakat istimewa dan kita semua tahu keupayaan yang dia ada.
"Dalam situasi satu lawan satu, tidak ramai pemain yang lebih baik daripada Mitoma dan ia bagus untuk menyaksikan dia kembali beraksi sekaligus menambah kekuatan yang kami ada."
King Kaoru is well and truly back. ? pic.twitter.com/9GmCnH8ejV
— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) August 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hanya baru sahaja berusia 31 tahun, Hurzeler adalah pengurus tetap termuda Liga Perdana Inggeris dan dia berbangga dengan kestabilan pertahanan yang ditunjukkan pasukannya di Merseyside.
“Ia adalah perlawanan yang sukar, terutamanya pada minit pertama ia betul-betul seperti yang kami jangkakan di Goodison Park tetapi kami bertahan bersama, kami bertahan dengan kompak, terutama di dalam kotak, terutamanya hantaran lintang, terdapat banyak hantaran lintang dari Everton, "katanya kepada Sky Sports.
“Kemudian terdapat juga detik-detik terbaik dalam penguasaan bola, tidak begitu banyak pada minit pertama tetapi kemudian selepas masa tenang dalam permainan kami mengawal permainan, melakukan beberapa aksi yang baik dengan bola.
"Akhirnya saya fikir ia adalah kemenangan yang wajar untuk kami dan saya sangat gembira untuk kelab."