MANCHESTER CITY 3 NOTTINGHAM FOREST 0

Manchester City kembali di landasan kemenangan selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Pep Guardiola hadir dengan reputasi tewas dalam empat perlawanan EPL berturut-turut, malah, tujuh perlawanan tanpa kemenangan dalam semua pertandingan.

Tetapi jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk itu untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas dibelakang pendahulu liga, Liverpool, dengan jurang sembilan mata.




Hantaran De Bruyne membantu gol pembukaan seawal minit kelapan sebelum perancang berusia 33 tahun itu menggandakan jaringan selepas setengah jam dengan rembatan kencang untuk seloesa mendahului dalam separuh masa pertama.

Malah rembatan lencong Doku pada minit ke-57 menewaskan Matz Sels untuk memastikan The Citizens memperoleh kemenagan pertama sejak 36 Oktober lalu.

Untuk rekod, City telah membuat lebih banyak perubahan pemain dalam kesebelasan utama mereka berbanding pasukan lain dalam EPL iaitu sebanyak 37 kali.

Guardiola menemui formula kemenangan selepas kepulangan De Bruyne yang kini telah terlibat secara langsung dalam 13 gol daripada 15 aksi terakhirnya dalam saingan liga iaitu dengan lima gol dan lapan bantuan jaringan.