EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi

Najmi Iman
January 14, 2025 06:41 MYT
NOTTINGHAM FOREST 1 LIVERPOOL 1
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
Selepas kempunan meraih tiga mata penuh berdepan Manchester United minggu lalu, The Reds kekal kecundang selepas sekadar membawa pulang satu mata ke Anfield susulan Nottingham Forest mempamerkan permainan berkualiti.
Sebelum ini, kejutan berlaku apabila skuad kendalian Nuno Santo berjaya menumpaskan Liverpool menerusi jaringan bekas pemain Chelsea, Calum Hudson-Odoi, September lalu.
Skrip sama hampir berulang tatkala seawal minit kelapan, tonggak New Zealand, Chris Wood, menerjah jaring pasukan pelawat dan kekal bertahan dengan baik untuk tidak dibolosi sehingga tamat separuh masa pertama.

It ends level at the City Ground. #NFOLIV pic.twitter.com/lE5wNVD4gQ

— Liverpool FC (@LFC) January 14, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemasukan Kostas Tsimikas dan Diogo Jota mengubah corak aksi skuad bimbingan Arne Slot, sekali gus menghadirkan percubaan tepat yang menggegar gawang pasukan tuan rumah.
Jota, 28, menjadi wira Liverpool apabila melunaskan peluang pada minit ke-66 supaya pasukannya tidak lagi berputih mata.
Kecemerlangan Matz Sels selaku penjaga gol Forest harus diberi pujian selepas banyak melakukan penyelamatan penting untuk mengekang asakan bertali arus Liverpool.
Liverpool kekal selaku pendahulu EPL dengan perbezaan sebanyak enam mata, manakala pasukan yang tidak disangka-sangka, Nottingham Forest berada di tempat kedua dengan pungutan 41 mata.
#bola sepak #Liverpool #Nottingham Forest #EPL #Liga Perdana Inggeris
;