EPL: Ini adalah era baru Manchester United -- Bruno Fernandes
Saufi Tahir
November 11, 2024 09:28 MYT
November 11, 2024 09:28 MYT
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, menjelaskan pasukannya perlu kembali ke landasan kemenangan ketika berada di bawah kendalian Ruben Amorim selepas menewaskan Leicester City 3-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Dia telah membuat penampilan ke-250 untuk The Red Devils dengan satu gol dan satu bantuan jaringan dalam kemenangan di Old Trafford selain memaksa Victor Kristiansen melakukan jaringan sendiri.
Pemain berusia 30 tahun itu telah terlibat dalam 100 gol sepanjang 170 penampilan dalam saingan EPL.
100 - Bruno Fernandes has been directly involved in 100 goals in 170 appearances for Manchester United in the Premier League, reaching this milestone with just one more appearance than Cristiano Ronaldo (169) had upon doing so. Century. pic.twitter.com/iJX1o3HVSW
— OptaJoe (@OptaJoe) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setelah tidak tewas dalam empat perlawanan dibawah kendalian jurulatih sementara, Ruud van Nistelrooy selepas pemergian Erik ten Hag bulan lalu, United kini bersiap sedia untuk ketibaan pengendali baru.
"Saya sudah lama tidak jaringkan gol dan kini kembali meledak dalam beberapa perlawanan terakhir.
"Nistelrooy telah mengisi kekosongan kelab ini, dia suka pasukan ini dan mahu membawa kegembiraan kepada para pemain. Dia mengembalikan senyuman semua orang sebelum ke perlawanan.
It had to be him... ©️ Today's star performer: @B_Fernandes8! ⭐️#MUFC || #MUNLEI
— Manchester United (@ManUtd) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami ingin mengucapkan selamat tinggal sebagai pengurus untuk dirinya kerana dia banyak melakukan perkara yang baik buat kami.
"Ini adalah era baru, pengurus baru dan bermakna segala-galanya berubah, tetapi apa yang tidak berubah ialah kelab ini perlu kembali ke prestasi asalnya." katanya.