EPL: Guardiola gesa masa perlu diberikan kepada Maresca

Ammar Hakim
August 17, 2024 10:30 MYT
Pep Guardiola menggesa Chelsea memberikan masa kepada Enzo Maresca menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sulung bertemu Manchester City di Stamford Bridge.
Maresca telah dibandingkan dengan Guardiola selepas berkhidmat sebagai penolong jurulatih Manchester City selepas dua tahun di mana dia membantu pasukan memenangi Treble sebelum menjuarai Liga Kejuaraan bersama Leicester.
Guardiola menegaskan rakan sepasukannya itu perlu diberikan masa untuk membentuk pasukan yang ampuh bersama Chelsea. Maresca bakal menjadi pengurus keenam dalam tempoh dua tahun sejak Chelsea diambil alih oleh Clearlake.
“Nasihat saya berikan dia masa,” kata Guardiola.
“Jika pemilik Chelsea menerima nasihat saya, beri dia masa dan dia akan berjaya.
"Semua pengurus memerlukan masa. Saya tidak tahu sama ada Chelsea adalah tempat untuk melakukan ini, tetapi beri dia masa dan dia akan bekerja. Itu adalah perasaan saya."
#Chelsea #Manchester City #Pep Guardiola #EPL #Liga Perdana Inggeris #Enzo Maresca