EPL: Fernandes, Garnacho bantu Manchester United benam Leicester City
Saufi Tahir
November 10, 2024 07:11 MYT
November 10, 2024 07:11 MYT
MANCHESTER UNITED 3 LEICESTER CITY 0
Bruno Fernandes menjadi watak penting dalam membantu Manchester United kembali di landasan kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengatasi Leicester City 3-0 di Stadium Old Trafford, malam tadi.
Kapten Manchester United itu membuat penampilan ke-250 untuk United serta menyumbang dalam ketiga-tiga gol yang terhasil sekali gus memastikan Ruud van Nistelrooy meraih kemenangan pertama dalam saingan EPL.
Fernandes terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-17 sebelum Victor Kristiansen membolosi gawangnya sendiri 21 minit kemudian untuk United mendahului 2-0 dalam babak pertama.
The perfect afternoon at Old Trafford! ?#MUFC || #MUNLEI
— Manchester United (@ManUtd) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Alejandro Garnacho melengkapkan kemenangan The Red Devils dengan gol menakjubkan untuk menutup perlawanan dengan menang 3-0.
United kini telah mengumpul 15 mata tetapi masih kekal di tangga ke-13 liga manakala Leicester berada di tangga ke-15 dengan 10 mata secara keseluruhannya selepas 11 perlawanan.
You've done us proud, Ruud. pic.twitter.com/B29GnNMAsm
— Manchester United (@ManUtd) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.