EPL: Cubaan bawa pulang tiga mata gagal, Brentford sekat hajat Man City
Najmi Iman
January 14, 2025 07:01 MYT
January 14, 2025 07:01 MYT
Prestasi terumbang-ambing juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terus menjadi alasan selepas diikat 2-2 oleh Brentford pada saat akhir di Stadium Komuniti Gtech, awal pagi tadi.
Jaringan minit akhir permainan membunuh harapan skuad kendalian Pep Guardiola untuk membawa pulang tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan carta tidak menjadi kenyataan, sebaliknya harus berpuas hati dengan keputusan yang tidak diingini itu.
Meskipun mencipta sebanyak 21 peluang dan melakukan lapan percubaan tepat, naib juara Piala FA 2024 itu sekadar mengutip satu mata tatkala kebangkitan skuad tuan rumah meninggalkan kesan mendalam buat The Citizen.
Man City terlebih dahulu berada di depan menerusi dua jaringan penting pemain kebangsaan England, Phil Foden, tetapi ia tidak memberi jaminan kukuh buat pasukan pelawat.
FULL-TIME | A draw at Brentford 🤝 🐝 2-2 🩵 #ManCity | @okx pic.twitter.com/jhZ1eH6ieZ
— Manchester City (@ManCity) January 14, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Yoane Wissa merapatkan jurang pada minit ke-82 sebelum jaringan masa tambahan Christian Norgaard menggamatkan suasana stadium, sekali gus mengikat kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Manchester City kini menghuni tangga keenam EPL, sementara Brentford berada di tempat ke-10.