EPL beri laluan bintang Everton berbuka puasa ketika bertemu Newcastle
Ammar Hakim
April 3, 2024 12:50 MYT
April 3, 2024 12:50 MYT
Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Newcastle dan Everton dihentikan pada minit ke-20 buat barisan pemain yang beragama Islam berbuka puasa.
Beberapa pemain Everton termasuk Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure antara yang berada di tepi padang untuk berbuka puasa.
Bulan Ramadan adalah bulan ibadah bagi mereka yang beragama Muslim dan perlu menjalani ibadah berpuasa, di mana mereka akan menahan dahaga dan lapar dari waktu Subuh sehingga Maghrib.
Apabila melihat rehat dalam perlawanan , peminat menggunakan media sosial untuk memuji kelab dan penganjur Liga Perdana Inggeris kerana mematuhi amalan agama.
Wartawan Leon Mann dan anak-anak perempuannya sangat kagum dan menulis, "Melihat pemain Muslim berbuka puasa semasa Newcastle bertemu Everton bersama anak-anak perempuan saya. Mereka kagum. Anak sulung saya: Ia memang bagus! Pujian buat Liga Perdana!.
Ia bukanlah kali pertama kita melihat rehat dalam perlawanan untuk Ramadan tahun ini, perlawanan Aston Villa bertemu Wolves Sabtu lalu dihentikan seketika untuk membolehkan Moussa Diaby dan Rayan Ait-Nouri berbuka puasa.