BUNDESLIGA

DFB-Pokal: Gol Nkunku, Szoboszlai pastikan RB Leipzig pertahan kejuaraan

Stadium Astro
Muzaffar Musa
04/06/2023
00:29 MYT
Sponsor Banner
DFB-Pokal: Gol Nkunku, Szoboszlai pastikan RB Leipzig pertahan kejuaraan
RB LEIPZIG 2 EINTRACHT FRANKFURT 0
Christopher Nkunku dan Dominik Szoboszlai menemui sasaran untuk RB Leipzig mempertahankan gelaran DFB-Pokal dengan menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 dalam aksi final di Olympiastadion awal pagi tadi.
Nkunku -- yang berkemungkinan merupakan penampilan terakhirnya bersama Leipzig selepas dikaitkan untuk menyertai Chelsea -- menewaskan penjaga gol, Kevin Trapp, menerusi rembatan terbiasnya pada minit ke-71 dalam pertemuan di Berlin itu.
Biarpun mendahului, Leipzig agak jarang menerima ancaman daripada Eintracht dan pasukan bimbingan Marco Rose itu melengkapkan kemenangan mereka apabila Nkunku melakukan umpanan untuk disudahkan Szoboszlai pada lima minit terakhir perlawanan berkenaan.
Kemenangan itu bermakna Leipzig menamatkan musim dengan berada di kedudukan ketiga Bundesliga dan memenangi DFB-Pokal buat dua tahun berturut-turut.
Malang buat pengurus Eintracht, Oliver Glasner, apabila akan meninggalkan pasukan itu dengan satu lagi aksi untuk dilupakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video