Cristiano Ronaldo memang lebih laju daripada saya, kata Usain Bolt
Muzaffar Musa
November 14, 2020 13:59 MYT
November 14, 2020 13:59 MYT
Usain Bolt percaya bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo, sememangnya lebih laju daripadanya.
Bolt bersara daripada sukan olahraga pada 2017 tetapi pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu masih memegang rekod dunia dalam acara 100 dan 200 meter.
Pelari berusia 34 tahun itu memecahkan rekod dunia acara 100 meter dengan catatan masa 9.58 saat daam Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin pada 2009 selain merekodkan 19.19 saat dalam acara 200 meter di bandar Jerman itu 11 tahun lalu.
Tetapi Bolt berasakan pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or, Ronaldo, lebih pantas daripadanya.
"Sudah pasti Cristiano (lebih pantas daripada saya)," kata Bolt, seorang peminat Manchester United yang mencuba nasib menyertai kelab bola sepak seperti Borussia Dortmund dan Central Coast Mariners selepas persaraannya, kepada Marca Sport Weekend.
"Bagi saya, dia berusaha setiap hari, dia sorang atlet super.
"Dia sentiasa beraksi di kemuncak permainannya, dia berusaha keras dan fokus.
"Buat masa ini, saya fikir dia sememangnya lebih laju daripada saya," katanya.
P?????????! ???? #todosportugal pic.twitter.com/mBNpqBNq0p
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) November 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ronaldo menjaringkan enam gol dalam empat penampilan Serie A bersama Juventus musim ini dan pemain berusia 35 tahun itu turut menemui sasaran ketika Portugal menewaskan Andorra 7-0 dalam perlawanan persahabatan Rabu lalu.
Selepas memulakan karier bersama Sporting CP, Ronaldo menghabiskan enam tahun di United di mana dia memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Ronaldo meninggalkan United untuk menyertai Real Madrid pada 2009 dan menjaringkan 118 gol buat skuad The Red Devils itu dalam kesemua kejohanan.
Sewaktu di Sepanyol, Ronaldo menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Madrid dengan rekod 450-311 dalam LaLiga.
Ronaldo menjulang empat kejuaraan UCL, dua gelaran LaLiga, memenangi tiga Piala Dunia Kelab dan dua Piala Super UEFA sebelum menyertai Juventus pada 2018.
Di Turin, Ronaldo setakat ini telah meraih dua gelaran Serie A dan menghasilkan 71 gol di sebalik desas-desus perpindahannya ke Paris Saint-Germain (PSG) dan United.