Burnley muncul mangsa terbaru Everton
Ammar Hakim
December 16, 2023 07:34 MYT
December 16, 2023 07:34 MYT
Sean Dyche menikmati tepukan gemuruh sekembalinya ke Burnley sebelum skuad bimbingannya Everton buat seluruh kehadiran di Turf Moor terpegun dengan kemenangan 2-0 di mana meningkatkan lagi kebimbang terhadap penyingkiran The Clarets di kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris.
Dyche kembali ke gelanggang keramat di mana dia menikmati karier sebagai pengendali selama 10 tahun, dua kali meraih tiket beraksi di EPL dan berusaha untuk mengekalkan pasukan dalam saingan terbaik di England sebelum berdepan pemecatan pada April 2022.
Skuad Everton bimbingannya tidak jauh daripada zon penyingkiran selepas perlu berdepan hukuman ditolak 10 mata ekoran melanggar peraturan kewangan, berjaya memperoleh jaringan menerusi Amadou Onana dan Michael Keane sekaligus menyaksikan empat kemenangan dalam empat perlawanan.
Jaringan Keane pada minit ke-25 merupakan yang pertama musim ini sejak membuat penampilan pada 21 Oktober. Turut bergandingan adalah Ben Godfrey, yang beraksi dalam kesebelasan utama buat pertama kali musim ini.
"Saya sangat gembira," kata Dyche mengenai prestasi pasukan.
“Kami bersatu sebagai satu pasukan. Tanpa khidmat Myko (Vitaliy Mykolenko) yang mengalami kecederaan pangkal paha dan kerana kami mengalami kecederaan dan penggantungan, kami tidak boleh mempertaruhkan pemain jadi kami terpaksa mengubah segala-galanya sebelum perlawanan.
"Penerimaan mereka cukup positif dan kami berusaha untuk mendapatkan kemenangan."