Bolt: Manchester United lupa sumbangan Cristiano Ronaldo musim lalu

Shaiful Shamsudin
December 2, 2022 11:00 MYT
Usain Bolt kecewa melihat Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United sambil memuji penyerang itu kerana membantu kelab berkenaan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Ketua pasukan Portugal itu meninggalkan Old Trafford secara persetujuan bersama bulan lalu berikutan temu bual kontroversi mengkritik kelab, pengurus, Erik ten Hag, dan pemilik, keluarga Glazer.
Ia berlaku selepas musim pertama yang sukar sejak Ronaldo kembali ke kelab itu dari Juventus, di mana penyerang veteran tersebut kelihatan tidak selesa di bawah kendalian pengurus sementara, Ralf Rangnick.
Kini Bolt, selaku pemilik lapan pingat emas Olimpik merangkap penyokong United itu, mengakui kecewa dengan pemergian bintang tersebut tetapi memahami alasan di sebalik tindakan drastik berkenaan.

Cristiano Ronaldo is to leave Manchester United by mutual agreement, with immediate effect. The club thanks him for his immense contribution across two spells at Old Trafford.#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) November 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sedih melihat dia pergi," kata Bolt mengenai Ronaldo.
"Dia memainkan peranan penting untuk kami musim lalu. Dia mengekalkan kami dalam EPL musim lalu. Ini kerana dia menyumbangkan jaringan dalam kebanyakan perlawanan, dia terus menghadiahkan mata.
“Jadi saya sedih melihat dia pergi tetapi apabila mendengar temu bual sedemikian, saya mula faham banyak perkara yang berlaku yang ramai daripada kita tidak tahu.
"Saya mendoakan yang terbaik buatnya kerana saya merupakan peminat tegar Cristiano Ronaldo. Jadi sedih melihatnya pergi."
#Manchester United #Cristiano Ronaldo #Usain Bolt
;